Loading...

03 October 2009

Jamuan Akhir Tahun 2009 KGKT SMK Ambrose

Jamuan Akhir Tahun 2009 KGKT SMK Ambrose telah diadakan di Lumut.











02 October 2009

PMR 2009

Peperiksaan PMR 2009 akan dijalankan minggu hadapan pada 7/10, 8/10, 9/10, 12/10, 13/10. Hari ini pelajar Tg 3 memohon restu dan mendengar taklimat dan amanat terakhir sebelum menghadapi peperiksaan itu.Ada yang sedih dan ada yang gembira.



Persaraan En Abd Manan Ramlus

En Abd Manan bin Ramlus : Guru Disiplin SMK Ambrose ( the one and only one , its really difficult to find a replacement of him) bersara daripada perkhidmatan perguruan pada 30/09/2009 pada umur 55 tahun. Perkhidmatannya di SMKA dari 1985 hingga 2009 diwarnai dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Beliau disayangi dan disanjungi (termasuk yang terkini dpd pelajar Pendidikan Khas) bukan sahaja anak muridnya tetapi masyarakat setempat daripada pelbagai kaum. Pelajar-pelajar bermasalah disiplin setelah bersemuka dgn Cikgu Manan akhirnya dapat diputihkan sepenuhnya dan mereka ini mengenang jasa beliau sehingga bila-bila ( Gambar Jayaram @ SamyV , yang digantung tiga kali semasa Tingkatan 2 memeluk kedalam kereta yang membawa Cikgu Manan amat mengharukan). Cikgu Manan, anda sukar dicari ganti.We wish you the best ! Take care of your health and may Allah bless you with happiness and longiness in health and life. Selamat Bersara Guru Ku : ABD MANAN BIN RAMLUS.